Saturday, April 10, 2010

"WANITA"

Cantik wanita kerana kejernihan wajah

Manis wanita kerana senyuman yang indah

Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah

Hebat wanita kerana keimanan yang teguh

KEHEBATAN WANITA

Salam 1 Ukhwah.....

Coretan untuk mereka yang bergelar WANITA...hebatnya seorang yang bergelar wanita...merekalah isteri, ibu, sahabat, kekasih...dalam satu masa seorang wanita boleh menjalankan tugas sebagai pekerja yang berdedikasi..."Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia"...pepatah itulah yang selalu menggambarkan betapa hebatnya seorang wanita...

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah peranan wanita sebagai seorang isteri..Percaya atau tidak sebenarnya kejayaan seorang suami di belakangnya adalah dorongan seorang isteri...

Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menjadi seorang yang hebat, kerana isteri-isteri baginda yang menjadi pendorong dan penguat semangat baginda. Siti Khadijah menjadi pendorong utama ketika baginda menerima wahyu pertama dalam keadaan ketakutan di Gua Hira’. Khadijah membantu Rasulullah s.a.w dalam membelanjakan hartanya di jalan Allah semata-mata untuk memberikan dorongan kepada baginda.
Besarnya peranan isteri sebagai pendorong kejayaan suami.

Wahai suami, sedarilah kehidupan anda sukar tanpa kehadiran seorang isteri. Isterilah yang memberikan kemudahan untuk menyelesaikan segala tugasan anda. Tanpa pengurusan rumahtangga yang baik, mana mungkin suami dapat melaksanakan tugas dengan baik. Kalau bukan kerana isteri yang menjaga anak-anak dengan baik, mana mungkin suami dapat menyiapkan kerja dengan cemerlang. Begitulah seorang isteri yang lembut memberikan peranan besar dalam kejayaan suami.

Tetapi ramai juga suami yang ego tidak mahu mengakui bahawa isteri pendorong kepada kejayaan mereka..hakikatnya isterilah tempat suami meminta pandangan dan idea..tempat bercerita jika ada yang tidak puas hati di tempat kerja...isterilah yang akan di suruh masak itu dan ini...isterilah yang berjaga malam memberi anak susu, menyalin lampin..isterilah yang di cari ketika susah...boleh di katakan, suami tidak boleh hidup tanpa isteri...itulah hakikatnya...

Betapa hebatnya WANITA yang bergelar ISTERI....oleh itu ISTERI jalankanlah tanggungjawab kita sebaik mungkin...kitalah wanita HEBAT...seorang ISTERI dan IBU...

"Isteri yang bijak bukan sahaja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi dalaman dan luaran tetapi "cantik" dari semua aspek"


Wednesday, April 7, 2010

Mutiara kata untuk insan bergelar 'ANAK'

Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia akan belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia akan belajar rendah diri

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia akan belajar berkelahi.

Jika anak dibesarkan dengan hinaan, dia akan belajar menyesali diri

Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia akan belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia akan belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia akan belajar menaruh kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan sokongsn, dia akan belajar menyenangi diri sendiri.

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menemukan cinta dalam hidupnya.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi, ia akan belajar menahan diri

Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan, Ia belajar keadilan